FAEDAH BELAJAR BERKUMPULAN
Murid mempunyai cara yang tersendiri unruk mengulang kaji pelajaran mereka. Ada yang belajar di perpustakaan, di rumah dan ada juga yang belajar bersendirian. Antara teknik belajar yang begitu popular dalam kalangan pelajarpada masa sekarang ialah belajar berkumpulan. Apabila ditanya tentang belajar secara berkumpulan, ramai orang mengatakan bahawa ia dilaksanakan bersama rakan-rakan. Terdapat juga yang mengatakan bahawa belajar secara berkumpulan hanya membuang masa sahaja. Pada pendapat saya, ini merupakan tanggapan yang salah.
Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan belajar secara bersendirian. Hal itu dikatakan kerana apabila belajar dalam kumpulan, idea dan pemikiran dapat dikongsi bersama. Contohnya, apabila sekumpulan muris sedang membuat kerja sekolah, setiap orang dalam kumpulan itu pasti akan mempunyai pendapat atau jawapan yang berlainan. Itulah sebabnya perkongsian pendapat dilakukan supaya mereka dapat memilih jawapan yang peling sesuai. Dengan itu, mereka tidak perlu mengambil masa yang lama unruk menjawab satu soalan.
Selain itu, dengan belajar secara berkumpulan, ahli kumpulan tersebut haruslah mempunyai adab dan disiplin diri yang tinggi. Seperti yang saya katakan tadi, setiap orang akan mempunyai pandangan yang berlainan dan jika ahli-ahli dalam kumpulan tersebut tidak berdisiplin, mereka tidak akan dapat mengemukakan idea dengan teratur dan mereka pasti akan dapat bersedia untuk berbeza pendapat dan ini akan menuju kepada perselisihan faham antara ahli-ahli dalam kumpulan tersebut.
Kita juga boleh menjalinkan hubungan persahabatan melalui pembelajaran dalam kumpulan. Andaikan bahawa semua orang dalam kumpulan tersebut kenali satu sama lain dan seorang daripada kumpulan itu menjemput seorang yang baru dan tak dikenali, mereka pasti akan memperkenalkan diri mereka agar ahli yang baru itu tidak berasa janggal.
Seterusnya, apabila belajar secara berkumpulan, biasanya setiap kumpulan akan mempunyai sekurang-kurangnya 5 atau 6 orang ahli dan sekiranya dua orang daripada kumpulan itu tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu, itu tidak akan menjadi satu masalah kerana masih terdapat 4 orang ahli yang bekerjasama dan membincang dan menyiapkan kerja atau tugasan yang diberi.
Tambahan pula, belajar dalam kumpulan pula boleh mengurang perbelanjaan. Ini kerana, dalam sesebuah kumpulan, kesemua ahli kumpulan itu pasti akan mempunyai buku latihan kepunyaan sendiri yang boleh dikongsi bersama untuk membuat salinan dan mereka tidak perlu bersusah payah dan membazir duit untuk membeli buku yang sudah dimiliki oleh salah satu ahli kumpulan.
Secara luaran, dapat dilihat bahawa kumpulan dapat memberikan sumbangan yang besar jika dibandingakn seorang. Seara ringkasnya, belajar berkumpulan dapat membantu jika dilaksanakan dengan betul.

No comments:
Post a Comment