Monday 14 December 2015

TEKNIK BELAJAR DI UNIVERSITI






BELAJAR SECARA BERKESAN

Kajian mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi telah menunjukkan bahwa cara belajar yang tidak berkesan adalah masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakkan penuntut-penuntut.

Pelajar-pelajar hendaklah mengamalkan suatu cara belajar yang sistematik dan berkesan. Cara belajar yang berkesan ini perlu bukan sahaja kepada mereka yang lemah tetapi juga dapat meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi lagi.

Amalan cara belajar yang tidak berkesan akan banyak membazirkan tenaga, masa dan perbelanjaan , hasil yang diperolehi tidak setimpal dengan usaha yang dilaburkan.

1. Cara Belajar

Cara belajar adalah bermula dari cara anda mengatur hidup anda. Seseorang pelajar perlu ada sistem dan peraturan yang baik dan sesuai dengan diri anda.

Pembahagian masa belajar amat penting bagi seseorang pelajar. Anda hendaklah merancang terlebih dahulu. Rancangkan masa dan kerja yang akan di laksanakan.

Pembahagian masa perlu dilakukan untuk mengulangkaji tiap-tiap matapelajaran, untuk menyiapkan diri bagi sesuatu ujian atau peperiksaan.

Penyusunan kerja yang baik perlu dilakukan. Seseorang pelajar hendaklah menepati massa kuliah dan tutorial. Jangan selalu ponteng kuliah dan tutorial.

Anda hendaklah berusaha untuk mendapatkan tempat belajar yang tidak banyak gangguan-gangguan.

Mencatat nota-nota dan menyusunnya dengan cara yang baik boleh menyelamatkan masa dan dapat digunakan untuk mengulangkaji dengan lebih berkesan. Nota-nota kuliah perlu disemak semula selepas setiap kuliah.


Kecepatan membaca dan memahami isi-isi penting dalam bacaan perlu diamalkan. Anda perlu berlatih membaca cepat dan mencatitkan isi-isi penting.

Persediaan untuk peperiksaan atau ujian perlu dilakukan dengan teratur.

Segala tugasan bertulis perlu disempurnakan pada masa yang ditetapkan.



2. Faktor Kelemahan

Satu lagi faktor yang membawa kepada kelemahan akademik pelajar-pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi ialah tidak membuat pembahagian dan peruntukan masa yang wajar. Pelajar-pealajar harus menggunakan masa-masa yang ada di kampus ini dengan cermat dan berfaedah.

Di bawah ini dicadangkan panduan bagi penjimatan masa-masa tersebut.

Jangan melengah-lengahkan masa untuk menyiapkan sesuatu kerja. Misalnya tugasan bertulis yang diberi hendaklah diselesaikan segera. Janganlah disimpan tugasan tersebut hingga ke saat-saat akhir.

Mulakanlah persiapan untuk menghadapi peperiksaan baharu hendak belajar bersungguh-sungguh. Ini boleh menyebabkan anda merasa cemas.

Bahagikan masa untuk bermain, berehat, makan, sembahyang dan tidur. Perkara-perkara ini amat penting untuk kesihatan diri dan kestabilan emosi.

Siapkan alat-alat kelengkapan pelajar seperti pensel, pembaris, buku teks, nota-nota dan sebagainya dengan sempurna supaya tidak membuang masa.

Bersihkan meja dan bilik belajar dari benda-benda atau gambar-gambar yang boleh mengganggu tumpuan fikiran dari perkara yang dipelajari. Tidaklah berfaedah masa yang panjang dihabiskan untuk belajar sedangkan kesan pembelajaran itu amat sedikit.

Gunakanlah masa untuk belajar dengan sepenuhnya. Misalnya sementara menunggu pensyarah masuk ke dewan kuliah, sementara menunggu bas atau di dlam bas dan sebagainya.


3. Penyesuaian Diri.

Bagi setengah-setengah pelajar kehidupan di Universiti boleh membawa kebimbangan dan frustasi. Ini mungkin disebabkan adalah beberapa proses pendaftaran, atau pemilihan kursus yang sesuai atau disebabkan oleh kekurangan buku-buku dan masalah-masalah lain, dalam suasana yang baru ini. Pelajar-pelajar terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus yang agak asing bagi mereka.
4. Berdikari

Semasa di sekolah segala hal mengenai diri pelajar adalah merupakan tanggungjawab guru-guru, keluarga atau masyarakat sekeliling. Tetapi tanggungjawab sekarang adalah dipikul oleh diri pelajar itu sendiri misalnya ia terpaksa mencari tempat tinggal sendiri. Pendekata ia terpaksa menbuat keputusan sendiri dalam semua perkara. Tetapi pada kebiasaannya, kebanyakan pelajar masih belum lagi bersedia untuk membuat keputussan sendiri dan berdikari.

5. Cara Mengatasi Masalah Di Kampus

Masalah di kampus bukan hanya terhad kepada masalah akademik sahaja tetapi juga meliputi masalah perhubungan sosial dengan pelajar-pelajar lain. Pertemuan antara pelajar-pelajar baru dengan pelajar-pelajar lama kadangkala menimbulkan perasaaan kebimbangan atau rasa terancam. Sebenarnya, tidak ada jalan pendek bagi menyelesaikan masalah penyesuaian diri dengan kehidupan di kampus ini. Walau bagaimanapun beberapa saranan berikut boleh dijadikan panduan dalan usaha mengatasi maslah tersebut bagi membantu pelajar-pelajar. Antaranya :

Anda harus tabah hatu dan berusaha sedaya upaya memahami dan menyesuaikan diri dengan suasana baru di kampus ini.

Andainya sesuatu yang baru itu boleh mendatangkan faedah yang baik maka anda hendaklah bersedia menerima perubahan baru dan mengubah kebiasaan anda yang lama.

Jangan merasa ragu-ragu untuk menemui orang-orang yang boleh membantu anda dalam memberi sebarang nasihat mengenai masalah yang anda hadapi. Misalnya anda boleh temui jawatankuasa minggu orientasi , pelajar-pelajar yang lebih senior, pensyarah-pensyarah , pengawai.

Dalam masalAh penyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru, anda harus banyak bersabar, bersedia bertolak ansur dan cuba memahami diri rakan anda itu.
Suatu perkara yang agak baru bagi setengah - setengah pelajar baru ialah mereka merasa kesuntukan masa. Ini disebabkan oleh berbagai aktiviti yang telah diatur sehingga masa lapang tinggal amat sedikit. Sebenarnya ini bukanlah suatu perkara yang luar biasa bagi kehidupan di kampus. Yang penting bagi kehidupan di kampus. Yang penting bagi anda ialah cuba bergerak, bekerja dan membuat sesuatu dengan pantas. Ini adalah suatu latihan dengan penggunaan masa yang baik. Anda tidak akan mampu lagi membuang-buang masa dengan sia-sia semasa berada di kampus.

Di kampus telah diaturkan berbagai-bagai kegiatan yang bukan bercorak akademik kepada semua pelajar. Sebagai pelajar baru anda tidaklah boleh mengasingkan diri dari kegiatan-kegiatan tersebut yang meruapakan sebahagian daripada pembelajaran di universiti. Andainya ada pelajar-pelajar yang selalu cuba mengelakkan diri dari kegiatan-kegiatan tersebut, ia akan hilang peluang menunjukkan bakatnya dalam masyarakat kampus.

Kumpulan pelajar di kampus adalah merupakan sebuah masyarakat yang tersendiri. Sebagai anggota sebuah masyarakat ia harus tahu tangungjawab dan peranan dalam masyarakat tersebut, misalnya ia harus berani menerima tangungjawab tersebut. Anda harus berlatih menjadi seorang pemimpin yang jujur dan tahu tanggungjawab terhadap masyarakat dan penciptaNya.

FAEDAH BELAJAR BERKUMPULAN










Murid mempunyai cara yang tersendiri unruk mengulang kaji pelajaran mereka. Ada yang belajar di perpustakaan, di rumah dan ada juga yang belajar bersendirian. Antara teknik belajar yang begitu popular dalam kalangan pelajarpada masa sekarang ialah belajar berkumpulan. Apabila ditanya tentang belajar secara berkumpulan, ramai orang mengatakan bahawa ia dilaksanakan bersama rakan-rakan. Terdapat juga yang mengatakan  bahawa belajar secara berkumpulan hanya membuang masa sahaja. Pada pendapat saya, ini merupakan tanggapan yang salah.

Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan belajar secara bersendirian. Hal itu dikatakan kerana apabila belajar dalam kumpulan, idea dan pemikiran dapat dikongsi bersama. Contohnya, apabila sekumpulan muris sedang membuat kerja sekolah, setiap orang dalam kumpulan itu pasti akan mempunyai pendapat atau jawapan yang  berlainan. Itulah sebabnya perkongsian pendapat dilakukan supaya mereka dapat memilih jawapan yang peling sesuai. Dengan itu, mereka tidak perlu mengambil masa yang lama unruk menjawab satu soalan.

Selain itu, dengan belajar secara berkumpulan, ahli kumpulan tersebut haruslah mempunyai adab dan disiplin diri yang tinggi. Seperti yang saya katakan tadi, setiap orang akan mempunyai pandangan yang berlainan dan jika ahli-ahli dalam kumpulan tersebut tidak berdisiplin, mereka tidak akan dapat mengemukakan idea dengan teratur dan mereka pasti akan dapat bersedia untuk berbeza pendapat dan ini akan menuju kepada perselisihan faham antara ahli-ahli dalam kumpulan tersebut.

Kita juga boleh menjalinkan hubungan persahabatan melalui pembelajaran dalam kumpulan. Andaikan bahawa semua orang dalam kumpulan tersebut kenali satu sama lain dan seorang daripada kumpulan itu menjemput seorang yang baru dan tak dikenali, mereka pasti akan memperkenalkan diri mereka agar ahli yang baru itu tidak berasa janggal.

Seterusnya, apabila belajar secara berkumpulan, biasanya setiap kumpulan akan mempunyai sekurang-kurangnya 5 atau 6 orang ahli dan sekiranya dua orang daripada kumpulan itu tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu, itu tidak akan menjadi satu masalah kerana  masih terdapat 4 orang ahli yang bekerjasama dan membincang dan menyiapkan kerja atau tugasan yang diberi.

Tambahan pula, belajar dalam kumpulan pula boleh mengurang perbelanjaan. Ini kerana, dalam sesebuah kumpulan, kesemua ahli kumpulan itu pasti akan mempunyai buku latihan kepunyaan sendiri yang boleh dikongsi bersama untuk membuat salinan dan mereka tidak perlu bersusah payah dan membazir duit untuk membeli buku yang sudah dimiliki oleh salah satu ahli kumpulan.

Secara luaran, dapat dilihat bahawa kumpulan dapat memberikan sumbangan yang besar jika dibandingakn seorang. Seara ringkasnya, belajar berkumpulan dapat membantu jika dilaksanakan dengan betul.


PERSONALITI SEORANG GURU



Personaliti guru memainkan peranan kerana ianya mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Personaliti guru sering menjadi perhatian pelajar-pelajar. Guru yang mempunyai sifat sabar yang tinggi, mesra, bertimbang rasa, kesediaan mendengar, kesediaan menerima kritikan, rajin, adil, periang dan berdedikasi akan mencerminkan personaliti diri seseorang guru itu untuk menjadi pendidik yang sejati. Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan guru mencapai prestasi yang tinggi. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu, akan mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar. Individu yang bergelar guru perlu sentiasa melakukan refleksi dan kritik-kendiri, fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan perlu mempunyai semangat untuk mengajar pelajar. Personaliti guru sering menjadi penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan ibubapa. Pada ketika dahulu, personaliti guru turut menjadi ikutan dan idola pada masyarakat. Status guru dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat ketika itu, namun kini segalanya telah berubah kerana sesetengah guru tidak menjaga personalitinya bila berada dalam lingkungan masyarakat. Sifat-sifat yang sepatutnya wujud pada diri seorang guru semakin berkurangan kerana guru tidak menjiwai apa tugas sebenar untuk menjadi guru dan hanya melihat perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu “pekerjaan” tetapi sebagai satu “profesion”.

Takrifan personaliti membawa maksud satu konsep yang mengambarkan keperibadian seseorang manusia. Manakala mengikut Dictionary of Psychology (1973), personaliti ditakrifkan sebagai hasil paduan sifat fizikal, mental, emosi, nilai dan perlakuan seseorang manusia dalam perhubungan sosialnya, sebagaimana yang dilihat oleh manusia lain.

Dalam konteks perguruan,sifat-sifat personaliti yang positif, iaitu yang baik, sesuai, berkesan dan mulia yang perlu ada pada seseorang guru atau ahli professional keguruan adalah merujuk kepada personaliti seseorang guru. Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan pelajar-pelajarnya dikatakan mempunyai “profesionaliti” yang tinggi. Oleh itu, seseorang guru itu dapat dilihat bahawa perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu “pekerjaan” tetapi sebagai satu “profesion”.

Personaliti guru yang dianggap positif adalah satu penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan profesion perguruan terhadap para guru bukan sahaja pakar yang mengajar tetapi juga sebagai pakar yang mendidik kanak-kanak dalam sesuatu institusi pendidikan seperti sekolah. Oleh itu, personaliti guru dapat dilihat daripada tingkah lakunya, satu cara bagi melihat personalitinya ialah dengan menentukan apa yang dicerminkan oleh tingkah lakunya.

Personaliti guru yang dianggap positif adalah satu penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan profesion perguruan terhadap para guru bukan sahaja pakar yang mengajar tetapi juga sebagai pakar yang mendidik kanak-kanak dalam sesuatu institusi pendidikan seperti sekolah. Oleh itu, personaliti guru dapat dilihat daripada tingkah lakunya, satu cara bagi melihat personalitinya ialah dengan menentukan apa yang dicerminkan oleh tingkah lakunya.

Pendidikan perguruan memainkan peranan penting bagi pencapaian matlamat pendidikan sesebuah negara. Guru merupakan individu yang memainkan peranan untuk memberi fokus kepada pemerolehan kemahiran dan ketrampilan di samping keperluan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar sekolah. Guru semakin dianggap bertanggungjawab untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan di kalangan pelajar sama ada dari aspek mental mahupun moral.

Aspek peribadi guru yang bersikap tidak sesuai dan tidak mencerminkan seorang guru yang sejati dengan tingkah laku dan gelagat yang merendahkan martabat diri contohnya lambat masuk kelas mengajar, masuk sekejap kemudian tinggalkan pelajar membuat kerja sendiri, dan suka membuang masa mencerminkan peribadi guru itu perlu diubah. Aspek peribadi yang perlu ada pada seseorang guru perlu mempunyai sikap positif dan memiliki ketrampilan pengetahuan dan kemahiran yang tidak dipertikaikan, berfikiran terbuka (tidak sempit, jumud dan beku), pandai mengurus masa dan keperibadian yang tinggi iaitu menepati masa, masuk ke kelas dengan cepat, mengajar dengan penuh dedikasi, suka bekerjasama dengan rakan sejawat dan mempunyai sifat dan ciri-ciri profesionalisme dan profesionaliti yang tinggi perlu ada pada diri setiap individu yang bergelar pendidik.

Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif, hitam atau putih; buruk atau baik, cemerlang atau kecundang, begitu juga sikap kita sebagai guru-guru bukan sahaja professional malah menunjukkan ciri-ciri profesionaliti yang tinggi sepanjang masa

TANGGUNGJAWAB SEORANG MAHASISWA

Tanggung jawab itu sendiri adalah suatu kesadaran yang harus dilakukan seseorang terhadap apa yang telah dilakukannya, bisa dalam bentuk menggantikan, atau menjaga kebenaran dalam suatu omongan yang telah di lontarkan. Tanggung jawab adalah suatu kewajiban untuk semua mahluk sosial . 

Sebagai notabene Mahluk Sosial di muka bumi ini, kita sebagai manusia atau orang yang kedudukannya paling atas di muka bumi dari pada mahluk hidup lainnya. kita mesti mempunyai suatu gagasan untuk mencapai suatu kesempurnaan dalam hidup. Sebagai mahluk hidup yang mempunyai suatu tanggung jawab , kita harus selalu memikirkan suatu tindakan yang akan kita lakukan sebelum kita perbuat. manusia mempunyai tuntunan terbesar untuk melakukan tanggung jawab . 

Sebagai contoh , kita sebagai mahluk berpendidikan di Nusantara Indonesia, kita harus selalu memikirkan kemana arah masa depan yang akan kita tuju, masa depan itu pun juga harus dengan prinsip dan tanggung jawab. Tanggung Jawab yang harus kita lakukan dalam manusia berpendidikan adalah mempunyai atitude atau sikap yang menonjolkan generasi muda yang berguna dikemudian hari. Tujuan tanggung jawab itu adalah untuk melakukan hal yang telah kita perbuat. 

Sebagai mahasiswa, tanggung jawab nya adalah selalu belajar untuk menjadikan generasi yang muda yang berguna. tidak hanya dengan belajar tapi dengan mempunyai sikap dan kepribadaian baik. menggunakan kepribadian adalah kunci utama sebagai mahasiswa yang teladan, dan menjadikan kebanggaan setaip manusia bila kita mempunyai nilai dari prestasi dalam kemahasiswaan. Dengan mengikuti alur dalam perjalanan pembelajaran adalah suatu tanggung jawab yang harus dilakukan dalam setiap mahasiswa contohnya mengikuti semua kegiatan yang telah dijadwalkan oleh kampus (ikut praktikum, ujian, dan mengerjakan semua tugas in dan out. ) , 

Menurut saya itu saja yang saya ketahui sedikit tentang  Tanggung Jawab sebagai mahasiswa. Kesalahan milik manusia. dan kesempurnaan hanya milik ALLAH SWT. jadi bila banyak kesalahan mohon dimaafkan. 


SEJARAH SITC, MPSI, IPSI DAN UPSI




SUTAN IDRIS TRAINING COLLAGE (SITC)

Penubuhan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah warisan daripada Sultan Idris Training College (SITC) for Malay Teachers. Penubuhan SITC diilhamkan oleh Richard Olaf Winstedt (R. O. Winstedt) yang pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-negeri Selat & Negeri-negeri Melayu Bersekutu menerusi laporannya yang disiarkan dalam tahun 1917. Antara lain beliau mencadangkan agar sebuah maktab perguruan didirikan di Perak bagi memperluaskan skop pendidikan di negara ini.

SITC dirasmikan pada 29 November 1922 oleh Sir W. George Maxwell, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Nama Sultan Idris adalah diambil sempena nama Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Mursidul Adzam Shah, iaitu Sultan Perak yang ke-28 yang memerintah negeri Perak antara 1889-1916. Cadangan nama ini diperkenankan oleh Sultan Abdul Jalil Shah pada 26 Mei 1917.

Berikutan itu, satu tapak seluas 63 ekar telah dibeli di Tanjong Malim dengan harga RM49,000.00. Kerja-kerja pembinaannya bermula pada Ogos 1919. Penekanan infrastruktur maktab tersebut telah diberikan oleh pihak berkuasa dengan membabitkan orang perseorangan dan syarikat-syarikat swasta Eropah. Pendawaian sistem elektrik dan bekalan air telah dilakukan dengan teliti dan dikemaskini bagi memastikan bekalan elektrik dan air tidak terputus.

Turut menyaksikan upacara penuh gilang-gemilang tersebut ialah orang kenamaan Melayu dan beberapa orang Pegawai Residen Eropah dari semua Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. SITC didirikan di satu kawasan lembah yang subur di atas tanah seluas 64 hektar di kaki Banjaran Titiwangsa.Reka bentuk bangunannya berunsur seni bina Belanda ala Gothic zaman pertengahan. Kumpulan penuntut yang pertama berjumlah 120 orang (semuanya lelaki) berasal dari Negeri-negeri Selat & Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan tenaga pengajar seramai 14 orang. Pada tahun 1912, Pengetua pertama telah memulakan tugas di SITC iaitu Oman Theodore Dussek (O. T. Dussek) yang berasal dari England.

Penubuhan SITC dianggap sebagai suatu cetusan era yang menyemarakkan alam pemikiran dan pendidikan bangsa Melayu. Pengarah Pelajaran Negeri-negeri Selat, Sir Wolffe dalam ucapannya sewaktu perasmian SITC menyatakan bahawa hari tersebut menandakan hari bersejarah bagi orang-orang Melayu kerana ia merupakan titik tolak dalam perkembangan pendidikan vernakular Melayu.

Menurutnya lagi, orang-orang Melayu merasakan suatu pengiktirafan besar, serta penghargaan yang tidak ada tolak bandingnya bagi peningkatan taraf pelajaran anak-anak Melayu. Katanya lagi, biarpun pelajaran Inggeris penting bagi mencapai hasrat untuk memperolehi kedudukan yang tinggi dalam masyarakat, namun pendidikan dalam bahasa Melayu merupakan tapak pertama dalam mengenali erti hidup yang sebenar.

MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS


Sir Wolffe juga menyarankan agar pelajar-pelajar patut mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang pertanian, anyaman, latihan jasmani, perkebunan dan Bahasa Melayu sendiri. Saranan beliau merupakan garis kasar pembentukan kurikulum SITC di peringkat awal penubuhannya. Dalam tahun-tahun berikutnya hingga tahun 1957, SITC telah menerima penuntut-penuntut dari seluruh pelusuk Tanah Melayu, Brunei, British Borneo dan Singapura.


Kurikulumnya tertumpu kepada pengetahuan asas keguruan di samping kraftangan dan pertanian. Sejak ditubuhkan, SITC terus unggul berbakti kepada bangsa dan negara. Ia disifatkan ‘universiti’ yang unggul bagi melatih guru-guru Melayu. Pada tahun 1959, bagi memenuhi tuntutan Laporan Razak, SITC ditukarkan namanya kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang khusus untuk melatih guru-guru sekolah rendah.

INSTITUT PERGURUAN SULTAN IDRIS


Pada 13 Januari 1975, MPSI memecah tradisinya apabila mula menerima 140 orang penuntut perempuan. Kecemerlangan MPSI terus unggul apabila pada 21 Februari 1987, ia dinaikkan taraf menjadi institut dan dikenali dengan nama Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI). Mulai tahun 1987, Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) diperkenalkan. Setahun kemudian iaitu dalam tahun 1988, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) pula dimulakan di IPSI.

Dalam tahun 1993, Kursus Kembar dengan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) telah diadakan dalam bidang Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani. Status quo ini berterusan hingga tahun 1993 apabila sistem latihan perguruan mengamalkan sistem bersepadu iaitu sesebuah maktab perguruan melatih guru-guru untuk sekolah rendah dan menengah.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


Kini institusi ini dinaikkan taraf menjadi sebuah universiti bagi memenuhi hasrat kerajaan memberi peluang pendidikan yang lebih tinggi kepada rakyat khususnya untuk melahirkan golongan pendidik yang berwibawa serta mampu menghadapi cabaran di alaf baru.

Ia selaras dengan usaha memenuhi keperluan peningkatan pembinaan sumber tenaga manusia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan sahsiah mulia dalam bidang-bidang sains, teknologi, bahasa, kesenian, kesusasteraan dan kebudayaan dengan penekanan khusus kepada unsur pendidikan.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997 melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, di bawah dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 & Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997. UPSI mula beroperasi pada 2 Mei 1997 dengan pelajarnya seramai 350 orang yg terdiri daripada berbagai etnik. Dengan berbekalkan tenaga pengajar seramai 29 orang dan 6 orang kakitangan pentadbiran, UPSI terus membangun. Kini jumlah pelajarnya terus meningkat dari masa ke semasa dan terus berkembang serta mampu bersaing dengan mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam yang lain.






UNIVERSITI VS SEKOLAH MENENGAH






Lepas dapat result SPM, STPM mesti ramai yang akan menjejakkan kaki ke universiti. Mungkin ada sesetengah pelajar yang dah terbiasa dan terdedah dengan suasana universiti tapi tak kurang juga yang masih samar-samar. So, kali ni nak cerita pasal belajar kat universiti. 

Benda yang sangat-sangat korang perlu tahu, zaman persekolahan di sekolah menengah totally different dengan di universiti. So, siapkan minda anda untuk setiap kemungkinan dan perubahan. Jangan dapat kejutan sudah. Parah otak nak study nanti.

Dulu kat sekolah, korang duduk dalam kelas tunggu cikgu datang. Kat u, korang perlu bergerak kat tempat yang korang nak study. Contoh, korang ada lecture kimia, kenalah bergerak ke dewan kuliah kimia.

Jadual masa zaman persekolahan hari-hari sama. Masuk kelas jam 7. Rehat jam 10. Balik jam12.30. Senang nak adapt sebab hari-hari sama. Kat u pula, kadang-kadang seminggu hanya ada 2 kelas. Dalam sehari kadang-kadang hanya belajar 1 subject. 

Waktu rehat dulu setengah jam. Bila kat u, punyalah lama nak tunggu pertukaran subject dari 1 kelas ke kelas lain. Last2, balik bilik. hahaha Eh, jangan. Belajar2. Sebab kena tunggu lama, korang boleh prepare bawa botol air dan makanan siap-siap. Jangan bawa botol air sahaja tetapi botol air yang berisi air. Jimat duit. Lepas tu tak payah nak beratur panjang-panjang untuk beli makanan di cafe. Kebersihan makanan pun terjamin. Sebab tu lah kalau korang perasan pelajar chinese bawa beg besar-besar. Macam-macam ada kat dalam beg tu.
Ni sangat penting.Kat u jangan jadi kera sumbang. Kena bersosial. Bukan sosial yang lepak sana sini tapi 'bergaul'. Bukan sebab apa, kadang-kadang pensyarah selalu bila nak inform sesuatu, dia tak inform dengan semua pelajar. Dia biasanya inform hanya kepada pelajar yang dia rapat. So, untuk dapatkan lebih banyak maklumat, kenalah bergaul dengan pelajar-pelajar lain. Selain tu, notice board pun kena rajin check.

Pilih persekitaran dan kawan yang merangsang anda untuk belajar sekaligus menggalakkan proses pembelajaran anda

Hopely post ni dapat membantu walau sedikit. 
Pembaca yang ada nak tambah boleh bagi pendapat diruangan komen

Thursday 29 October 2015

SENIMAN AGUNG P.RAMLEE

Tan Sri P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.
Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 di pagi Aidil Fitri. Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Aceh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.
Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.
Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.
Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah CHINTA pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakun di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50an dan 60an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah Laksamana Do Re Mi pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah Ayer Mata Di Kuala Lumpur pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.
P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali terakhir adalah dengan Salmah Ismail (Saloma) pada 1961.
 P. Ramlee & Salmah Ismail (Saloma)
 P. Ramlee menerima Pingat Kebesaran Ahli Mangku Negara(A.M.N.) daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ketiga.
P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai "Pustaka Peringatan P Ramlee" pada tahun 1986. Manakala di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982.